Zack Tiger Yang Dulu DIGERUNI Kerana Ilmu Kebal DEDAH Kisah Hitam Yang Ramai TAK TAHU !!!

loading...


Seorang bekas bouncer yang dikenali sebagai zack tiger yang dahulunya digeruni ramai kerana kebal mendedahkan kisah hitamnya disebalik apa yang dia peroleh. beliau yang dahulunya tak lut semasa pergaduhan rupa-rupanya menyimpan rahsia besar disebalik kekebalannya...

Zack Tiger Yang Dulu DIGERUNI Kerana Ilmu Kebal DEDAH Kisah Hitam Yang Ramai TAK TAHU !!! | Ipoh: Dulu dirinya memang digeruni sehingga digelar Zack Tiger dalam kalangan pengawal kelab malam atau bouncer dan rakan-rakan di Lembah Klang kerana tidak pernah mengalami kecederaan ketika bertugas walaupun beberapa kali diserang.
Bukan setakat itu, dia pernah diserang enam lelaki bersenjatakan parang ketika cuba meleraikan satu pergaduhan di sebuah kelab malam di ibu kota, namun tubuh badannya langsung tidak tercedera, malah beberapa tetakan ke atas badannya umpama hanya menetak sebatang besi.
Kekuatan luar biasa itulah menyebabkan dirinya dikenali sebagai Bouncer Dewa dalam kalangan rakan-rakannya sehingga ditawarkan menjadi pengawal peribadi kepada seorang lelaki bergelar Datuk.
Namun, itu hanya sejarah hitam buat dirinya selepas ilmu kebal yang dituntutnya memakan diri sendiri sehingga mengakibatkan dirinya lumpuh hampir dua tahun dan terpaksa bergantung hidup dengan keluarganya.
Mempunyai isteri serta dua anak, Zack, 43, mengaku kehidupannya pada waktu itu sangat gemilang apabila disanjung ketika menjadi bouncer di sebuah kelab malam sehingga memperoleh pendapatan lebih RM20,000 sebulan dengan bertugas sebagai penjaga keselamatan kepada seorang Datuk.
Sumber:-Metro
loading...

0 Response to "Zack Tiger Yang Dulu DIGERUNI Kerana Ilmu Kebal DEDAH Kisah Hitam Yang Ramai TAK TAHU !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close