Trak Penuh Muatan Ikan Terbabas, Orang Ramai Berpusu Kutip Ikan Berteraburan Di Atas Jalan

loading...

Dua pemandu trak mengalami kecederaan kecil selepas kenderaan mereka terbabas di Jalan Pohon Batu dekat Taman Hilltop tengah hari Ahad.

Trak tersebut membawa ikan dari bandar ini menuju ke Pohon Batu kira-kira 12 tengah hari.

Setiba dekat simpang Penghulu Tuah, pemandu berkenaan nampak sebuah kenderaan Hilux keluar dari simpang tersebut terus memasuki lorong kanan.

"Ketika cuba mengelakkan pelanggaran, seorang daripada pemandu trak itu membelokkan kenderaannya mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan melanggar tiang lampu jalan dan sebuah lagi melanggarnya," kata ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman.

Bahagian hadapan sebuah daripada trak itu remuk dan ikan kelihatan bertaburan di kawasan berkenaan.


Sumber : kaki share
loading...

0 Response to "Trak Penuh Muatan Ikan Terbabas, Orang Ramai Berpusu Kutip Ikan Berteraburan Di Atas Jalan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close