Pasangan Sering "Show Off' Di Media Sosial Rupanya Tidaklah Sebahagia Yang Disangka

loading...

Sering kali kita melihat terdapat sesetengah pasangan yang terlebih 'excited' dan juga acapkali memuatnaik gambar momen mereka bersama di laman sosial.

Sudah tentu tiada salahnya namun, percayakah anda sebenarnya sebilangan besar daripada pasangan tersebut hanyalah melakukannya untuk menutup hubungan mereka yang tidak sekukuh yang digambarkan daripada pandangan umum? Pendek kata mereka hanya 'propa' dan kurang bahagia sebenarnya.

Menurut pakar perhubungan dan seksologi, Nikki Goldstein dari Australia, dia berkata pasangan yang sering memuat naik bukan sahaja gambar malah apa sahaja momen mereka bersama di laman sosial hanya mahu 'membuktikan' tentang hubungan mereka daripada orang lain. 

"Mereka ini seperti mahukan 'validasi' untuk hubungan mereka itu daripada orang lain di laman sosial," katanya kepada Daily Mail.

"Bila adanya komen dan juga like daripada orang lain, ia seolah mampu melegakan bagi pasangan ini yang sedang berusaha terbaik untuk nampak bahagia di mata orang lain," katanya lagi.

Pasangan seperti ini, dikatakan terlalu mengharapkan pandangan luar sehingga tidak dapat menghargai masa bersama pasangan mereka.

"Kita boleh lihat pasangan tersebut sibuk mengambil gambar selfie bersama dan tak sabar menunggu komen daripada orang lain, berbanding mengambil masa bersama dengan pasangan sendiri.

"Bukankah lebih elok jika anda mengambil gambar untuk dijadikan kenangan indah dan momen yang tak mahu dilupakan?" soalnya. 

Bukan itu sahaja, kapsyen yang ditulis juga kadangkala tidak ikhlas sehingga memaparkan sifat mendominasi atau mengawal pasangan sendiri. Ini dapat dilihat menerusi ayat seperti 'my man' atau 'my girl'. 

Jika masih mahu berkongsi momen indah bersama pasangan tiada salahnya. Namun, Nikki mencadangkan seperti berikut,

"Jadikan perkongsian anda itu nampak menyeronokkan, dan bukannya kelihatan buat-buat dan juga lebih teruk nampak seperti mendominasi pasangan sendiri."


Sumber : kaki share
loading...

0 Response to "Pasangan Sering "Show Off' Di Media Sosial Rupanya Tidaklah Sebahagia Yang Disangka"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close