Nombor 18888888888 Dijual Pada Harga RM75.77 Juta Tak Termasuk Telefon, Masa Panggilan Atau Caj Data

loading...

Nombor '18888888888' memecah rekod sebagai nombor telefon paling mahal di dunia selepas berjaya dilelong pada harga 120 juta yuan atau RM75.77 juta.

Memetik laporan XinHuaNet, sebutan angka 'lapan' berbunyi seperti 'makmur' dalam bahasa Mandarin dan dianggap nombor bertuah. Yang paling menarik, harga itu tidak termasuk sebuah telefon, masa panggilan atau caj data.

Dilaporkan, nombor telefon mudah alih itu didaftarkan oleh sebuah syarikat China di Shantou, namun tidak diketahui siapa yang menggunakannya.

Pengguna telefon di negara itu sering membayar lebih untuk nombor telefon dengan angka berulang, nombor dengan maksud khas seperti tarikh lahir mereka dan nombor banyak angka lapan atau enam.

Kedua-dua angka itu dianggap bertuah. Dilaporkan juga nombor telefon bertuah boleh mencecah harga puluhan ribu dolar di China, namun nombor yang tersebut di atas itu memecah rekod paling mahal pernah dilelong.

Difahamkan, wang hasil lelongan itu akan didermakan kepada badan kebajikan. 


Sumber : kaki share
loading...

0 Response to "Nombor 18888888888 Dijual Pada Harga RM75.77 Juta Tak Termasuk Telefon, Masa Panggilan Atau Caj Data"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close