"Kau Curang Dengan Suami Kau, Keluar Dengan Lelaki Lain Ketika Masih Isteri Orang Dan Ada Hati Nak Cakap Kau Wanita Berakhlak?"

loading...

Macam ni ceritanya. Saya pegang password fb suami saya. Jarang saya nak bukak. Baru-baru ni tergerak hati nak bukak. Saya tgk noti ada org tag nama suami kat komen. Kawan perempuan. Saya tak kisah pun. Nak ajak buat reunion katanya. Masalahnya tetiba ada komen lebih kurang nanti terimbas kenangan lama la. 

Saya faham maksudnya, yang seolah-olah mereka ada kisah cinta barangkali. Saya tak kenal perempuan ni. Tapi saya pernah jumpa gambar pasport perempuan ni kat album lama suami saya. Bila tanya suami dia kata perempuan tu yg bagi. Pada saya mungkin tu kisah cinta monyet dia org kot. 

Zaman suami saya form 1-3. Sebab masa form 4 dia dah pindah ke sekolah yang semuanya lelaki. Gambar perempuan tu pun mcm zaman budak hingusan lagi. Gambar tu saya biar sampai sekarang. Kalau saya ni jenis cemburu buta, dah lama saya humban gambar tu dalam tong sampah.

Isunya sekarang, disaat dah ada life masing2 perlu ke nak komen, nak ungkit kisah lama? Ye, saya dan suami dh tak sebumbung. Sebab tu saya ignore kan aja walaupun saya boleh sound setempek. Kalau benda ni jadi kat org lain yg rumahtangganya sedang bahagia, apa akan jadi? 

Pastu nak buat reunion bagai. Sebab tu orang kata masalah rumahtangga ada yang berpunca dari reunion. Ni bunga2 la ni. Belum apa2 dah komen tentang kisah lama. Pada saya tak perlu nak buat reunion bagai. Cukup time raya, time kenduri kendara datang berziarah tanya khabar bawak anak isteri suami kenal dengan kawan2.

Berani kerat kuku lah kalau time reunion ni mesti berharap kekasih lama datang. Pastu mula nak berhias cantik2, untung2 kot kekasih lama terpandang terus tertawan kali kedua.

Awak janda ke, awak tak kawin lagi ke saya tak kisah. Tapi selagi mana awak tu wanita, tolong faham perasaan wanita lain. Ikutkan ini bukan kali pertama kawan2 perempuan suami saya menggeletis. Bini2 orang pm tanya khabar.

Kenapa ye? Tak perlu nak pertikai isu kawan2 sekolah lama. Ni dalam Islam sendiri melarang benda2 macam ni antara lelaki dan perempuan. Suami saya pun sama naik miangnya. Jenis melayan. Sebab tu sampai sekarang tak ingat anak isteri kat rumah.

Itu belum masa saya dalam wad nak melahirkan anak sulung terbaca pm mesra kat fb dengan kawan perempuan bujang zaman sekolah. Bahasakan diri pakwe makwe. Pakwe sihat? Makwe dah makan? Dah kenapa dia orang ni? Fitrah perempuan ni malu lebih dari lelaki. Malu tu sebahagian dari lebih 60 cabang iman. 

Jadi tolong beriman sikit la ye wahai perempuan. Dah tahu lelaki ni ada jenis gatal walaupun luar nampak pendiam, awak jangan terikut menggatal sekali. Malu tahu tak kalau orang gelar kita ni perempuan gatal, perempuan miang, perempuan terdesak. Ramai-ramai lelaki bujang, lelaki duda, suami orang jugak awak nak tunjuk miang, nak bagi hint bagai. Awak dah kenapa? 

Nasib baik saya ni rasional lagi tak terus komen sebab nak jaga aib. Kalau saya sound setempek maunya awak malu sebab kawan2 awak semua baca. Saya cuma confess kat sini ja. Kalau awak ada terbaca confession ni, satu je saya nak pesan. Jadi perempuan kena extra jaga maruah diri.

Ni termasuk isteri orang yang bernama Siti, yang tergila-gilakan suami saya. Sama naik je la dia orang ni. Laki perempuan sama miang. Tepuk sebelah tangan, ada bunyi ke??? Unless kau tepuk kat meja. Kau nak sangat, kau bole ambik ja suami aku. Dah berbagai cara aku cuba pertahankan sehingga lah kini aku dah redha. 

10 tahun aku hidup dengan suami aku, aku tahu kekurangan dia kat mana yang sekarang ni bila aku cakap, dia tuduh aku hina dia. Bagitau kekurangan pun terasa dihina ke? Bertahun2 aku pendam kekurangan dia, tak pernah pun aku terfikir nak curang dengan dia. Sebab aku berkahwin untuk membina bahagia. Apa2 kekurangan aku terima asalkan jangan menyakiti hati aku. 

Tapi yang aku pelik sampai sekarang tak nak lepaskan aku. Dah kenapa? Kalau lepaskan aku banyak kemudahan aku akan dapat. Brim aku dapat, rumah mesra rakyat aku bole mohon. Sebab gaji aku cuma RM3k lebih ja. Masih memenuhi syarat nak mohon BRIM dan mohon rumah mesra rakyat. Dengan title ibu tunggal aku bole dapat kemudahan tu. Kenapa tak nak lepaskan aku? 

Nak tunggu aku tuntut fasakh supaya orang nampak aku yang nak bercerai sebenarnya kan??? Bijak kau wahai suami ku. Kau biar aku nampak salah supaya dapat tutup bukti kecurangan kau.

Dan Siti, lepas ni kalau aku bercerai dan confirm kau kawin dgn dia, kemudian korang bercerai, memang aku gelak kat belakang berguling-guling. Sebab aku tahu kat mana kekurangan suami aku. Dan kekurangan suami aku ni kalau isteri tak berlapang dada, memang makan hati. Silap2, kau curang kat belakang dia macam mana kau curang dengan suami kau sekarang ni. Jadi masa tu agaknya kafarah buat suami aku la ni kot sebab pernah curang dengan aku.

Kalau suami aku tertarik dengan kau, nak kata kau ada rupa, biasa2 ja. Sebab kau kurus, kau pandai bergaya. Kau tak pernah beranak walaupun dah bertahun kau berkahwin dengan suami kau. Aku tak nak kata aku cantik ke apa. Nanti riak. 

Aku cuma gemuk sebab dua kali aku melahirkan anak secara pembedahan. Nak kurus macam zaman takda anak aku perlu usaha lebih. Aku bukan tak nak bergaya. Tapi baju yang bergaya macam kau pakai tu semuanya nampak susuk badan. Aku lebih memilih bergaya cara aku. 

Pakai tudung bawal tutup dada, pakai baju longgar2. Suami aku nak cari yang suara lemah lembut? Aku dulu masa tak da anak pun lemah lembut. Tapi sejak ada anak memang aku terjerit2 lah sebab letih urus anak2. Suami aku nak cari yang berakhlak? Aku tak tahu la aku ni berakhlak ke tidak. Tapi aku mak ayah aku didik aku sebaiknya supaya sentiasa jaga batas pergaulan. 

Dan memang aku jaga sehingga kini walaupun suami aku tak pedulikan aku. Kau curang dengan suami kau, keluar dengan lelaki lain saat bergelar isteri orang, masih nak kira wanita berakhlak ke? Tanyalah diri sendiri.

Bagaimana mudah aku redha? Sebab aku yakin Allah ada. Aku yakin dengan balasan Allah Taala.

Allah uji aku sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Korang berdua memang pasangan serasi. Kau isteri yang curang, suami aku suami yang curang. Pastikan bila korang dah kawin nanti, korang bahagia hingga akhir hayat. 

Kalau korang bercerai, memang aku gelak jahat kat belakang. Sebab apa yang korang buat kat aku Allah dah balas cash masa kat dunia. Sekian.


Sumber : kaki share
loading...

0 Response to ""Kau Curang Dengan Suami Kau, Keluar Dengan Lelaki Lain Ketika Masih Isteri Orang Dan Ada Hati Nak Cakap Kau Wanita Berakhlak?""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close