"Planet Bumi Hampir Dilanggar Asteroid Pada 19 April Ini" - NASA

loading...

Pernah tengok filem Armageddon yang mengisahkan sebuah asteroid yang akan berlanggar dengan bumi? Itu dalam filem, dalam realitinya bumi akan berdepan dengan situasi getir apabila asteroid yang sebesar Rock of Gibraltar berukuran kira-kira 1,600 meter persegi dilaporkan hampir berlanggar dengan planet bumi. 

Menurut saintis NASA asteroid yang dinamakan sebagai 2014-J025 akan melintasi bumi pada 19 April ini dengan jarak 1.7 juta kilometer atau kurang lima kali ganda jarak bumi ke bulan. Namun, walaupun jarak yang terlalu hampir itu, NASA menyifatkan peluang untuk berlaku pelanggaran amat tipis. 

Kejadian ini akan menberi peluang kepada peminat bidang angkasa untuk melihat dengan lebih dekat pergerakan asteroid tersebut. Ianya boleh dilihat menggunakan teleskop kecil dalam tempoh sehari dua lagi sebelum ia bergerak jauh dari bumi. 

Kali terakhir asteroid 2014-J025 melintasi bumi adalah 400 tahun yang lalu dan asteroid ini akan melintasi bumi sekali lagi pada tahun 2600. NASA meramalkan pada 2027 sebuah asteroid berukuran 800 meter persegi dikenali sebagai 199-AN10 akan berada hampir 380,000 kilometer dari planet ini.


Sumber : kaki share
loading...

0 Response to ""Planet Bumi Hampir Dilanggar Asteroid Pada 19 April Ini" - NASA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close