"Lelaki Biasanya Tak Pandang Gadis Gelap Dan Berjerawat, Tapi Ada Ciri-Ciri Suri Rumah Yang Baik..Semua Nak Cari Yang Cantik Je"

loading...

Selalu kita baca penulisan tentang perempuan zaman sekarang ni cantik tapi pemalas, pengotor, kaki pukul, mencarut dan macam2 lagi perangai buruk mereka.

Jadi sekarang aku nak tulis pulak tentang adik ipar aku pulak. Macam tajuk. Dia memang sempoi. Aku dah kahwin. Baru 1 tahun setengah. Bini aku ni ada 6 orang adik beradik. Bini aku anak ke3 dan adik ipar yang aku nak ceritakan ni anak ke4. Adik ipar aku ni perempuan. Aku bagi nama dia siti lah senang. Umur dah 26 tahun. 

Memang tak kahwin lagi dan duduk berdua dengan mak mertua aku. Bapak mertua aku dah meninggal. Adik beradik lain semua duduk asing. Ada yang bekerja jauh, ada tinggal ikut suami, ada yang belajar jauh. Kadang2 je balik. Bini aku dan aku pulak dalam sebulan skali ada balik jenguk mak mertua aku ni.

Aku bukannya nak puji sangat si siti ni, tapi cuma nak bagitau yang insya Allah, beruntung lelaki yang beristerikan dia. Bukan bermaksud aku yang suka. Bini aku takda yang kurang jugak. Dalam adik bradik dorang yg perempuan ni, bagi aku sebagai lelaki normal yang sukakan kecantikan jugak, siti ni yang paling kurang menonjol. Sebab dia ni berjerawat dan gelap sikit.

Adik ipar aku yang bongsu pada masa ni dalam planning nak kahwin. Ye, langkah bendul si siti ni. Mula2 mak mertua dan ipar2 aku tak benarkan. Tak nak ada yang langkah bendul dalam keluarga. Sampai siti selalu disebut2 untuk kahwin dulu. 

Mula2 siti ni cakap takda calon lagi. Lepas tu dia bagitau lagi, dia tak nak fikir kahwin dulu. Masih nak jadi bujang dan jaga mak mertua buat masa ni. Bini aku cakap, adik aku ni tengah tunggu orang. Tapi orang tu mungkin tak sedia nak masuk meminang lagi.

Pernah ipar2 aku ni cakap tak benarkan adik bongsu dorang kahwin selagi siti tak kahwin. Sampai panas dalam group whatsap family berbincang. Siti cakap jangan stresskan dia dengan topik tu. Elok2 dah dia masih bujang tak pikir apa, tapi bila dipaksa2 jadi tertekan. Aku setuju jugak. Tapi aku diamkan ja sebab tak nak campur urusan dorang.

So.. Kenapa aku cakap siti ni sempoi? Yang pertama. Sebab dia ni suka memasak. Kalau ada ahli keluarga sebut terasa nak makan apa, dia turun dapur. Aku? Tumpang makan skali. 

Yang kedua. Dia ni suka aktiviti lasak. Suka hiking. Jungle tracking. Travel. Pernah kitorang 2 laki bini ikut siti ni pergi jungle tracking. Kitorang semput abis tapi dia still maintain. Dah biasa kot. 

Ketiga. Siti ni paling disukai oleh anak2 buah dia. Yela, slalu buat makanan untuk dorang & slalu ada d rumah dengan mertua.

Keempat, aku rasa dia ni jenis yang tak kedekut. Sebab dalam group keluarga, bila ada yang perlukan duit, dia mudah je hulur. Mungkin sebab dia single lagi & xda komitmen kot. So duit gaji tak tau nak tabur pada siapa. 

Kelima. Duit tak tau nak tabur pada siapa? Abis dia tak shopping ke? Mesti ada yang tak percaya kan. Siti ni bukan jenis branded girl. Bila adik bradik perempuan bercerita, aku ada jugak pasang telinga dari bilik, trend sekarang suka beli barang online.

Bini aku memang hantu online shopping. Hampir tiap minggu ada 2 3 bungkusan sampai. Kadang2 aku tegur jugak, tapi nak buat macam mana, dah dia suka. Lagipun dia shopping pun ada guna duit sendiri jugak. Kasut jalan siti ni aku tengok yang sama je. kasut getah made in china. Bila adik beradik bercerita dorang beli pakaian dari butik sekian2, dia cakap dia tak pernah beli dari butik camtu. Tak tau la barang apa yang dia pernah beli. Tapi stakat yang aku tau macam tu la.

Keenam. Siti ni jenis bangun awal jugak kalau nak banding dengan cerita korang pasal anak dara pemalas. Aku & bini aku kan balik pada hari dihujung minggu. Pukul 5 lebih dah dengar bunyi2 diluar bilik. Mgkin sebab dah biasa waktu bangun kerja dia kot. 

Ketujuh. Siti sempoi ni, bukan jenis tergedik2. Macam mana aku tau? Tengok dari cara cakap & perbuatan la. Bila aku ada kat rumah mertua pun dia sempoi ja pakai baju tidur yang menutup aurat dengan masker kat muka. Bermasker bagai maksudnya dia tak abaikan terus muka berjerawat & gelap tu. Dia ada usaha nak cantik jugak la walaupun aku tengok macam takde perubahan je. Haha. Cara cakap pun takde bunyi2 gedik.

Alhamdulillah, mertua aku berjaya didik anak2 dia sampai aku tabik dengan hubungan keluarga dorang. Semuanya pun jenis jaga solat, baca quran. Tapi tak semestinya aku cerita macam perfect je perangai si siti ni. Mungkin ada kekurangannya jugak yang aku tak tau.

Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, zaman sekarang ni susah dah nak cari gadis yang menepati ciri2 surirumah yang baik. Tapi tak semestinya mereka ni dah pupus. Masih ada banyak di luar sana, tetapi lelaki macam kita ni selalunya tak pandang pun hanya sebab kita kurang tertarik dengan fizikal dia. Perempuan macam ni selalunya tersorok daripada masyarakat.

Yang kita suka selalunya yang cantik & dikejar2 orang. Aku mengaku. Sebab tu bini aku cantik. Hahaha. Aku mintak admin jangan bagi orang contact cakap nak kat adik ipar aku tu. Sebab aku bukan nak promote dia. Nanti bini aku tau aku cakap pasal adik dia, jadi janggal situasi kitorang nanti. Ok tu je. Terima kasih.


Sumber : kaki share
loading...

0 Response to ""Lelaki Biasanya Tak Pandang Gadis Gelap Dan Berjerawat, Tapi Ada Ciri-Ciri Suri Rumah Yang Baik..Semua Nak Cari Yang Cantik Je""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close