"Suami Aku Tak Sanggup Mak Dan Aku Menangis Kerana Penyakitnya"

loading...

Assalammuailaikum semua.. Saya isteri kepada penulis pelbagai kisah termaksuk mak gengster. 


Masa tu saya hanya ingat persamaan dengan kehidupan orang lain. Hari ni dia berehat. Suami saya bernama ainuddin. Cukuplah panggil dia din. Suami terbaik dan anak terbaik yang pernah aku jumpa dalam hidup. Mungkin dia menulis agar dapat menyedarkan orang lain supaya menghargai kehidupan seperti dia. 

Dia tak lama lagi akan pergi tinggalkan semua kisah yang dia tuliskan. Din canser tulang. Dia dah semakin kurus. Namun sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk terus hidup menyayangi aku dan anak2. Waktu membuka msg antara dia dan admin air mata saya bercucuran. Sedalam kasihnya pada mak, aku dan anak amat terperinci di ceritakan. 

Komen anda semua begitu tulus dan saya hargai. Sejujurnya aku bukanlah isteri terbaik. Aku masih ingat pertama kali kami bergaduh hanya kerana dia tidak menceritakan penderitaan yang di tanggung. Aku salah faham bila dia kata ada kerja sehingga seminggu. Aku sering meletakkan kepercayaan pada dia. Suatu hari aku terserempak kawan din. Aku tanyakan kemana dia kursus seminggu sebab susah sangat nak call. Bunyi macam penat. 

Mulanya kawan dia tak mahu cerita. Tapi bila di desak oleh aku dan isteri kawan tu, kawan tu hanya bagitahu di mana hotel dia menginap seminggu. Waktu mendengar perkataan hotel, aku marah dan sakit hati. Perkara paling jijik aku fikirkan ialah din ada perempuan simpanan. Aku pergi hotel dia menginap. 

Aku ikut kemana dia pergi dalam diam. Ke hospital!!! Itu tempat dia pergi. Aku tunggu dalam keadaan tertanya2. Bila dia keluar, aku ekori lagi sehingga ke hotel. Akhirnya aku sergah saat dia mahu membuka pintu bilik hotel. Muka dia pucat sangat. Dia tak dapat nak berdiri lama. Dia masuk dan terus muntah di tandas. Aku panik. Berkali2 aku tanya apa semua yang terjadi. Air mata dia mengalir. 

Di lenggannya masih jelas bengkak akibat di cucuk jarum. Aku makin gelisah. Aku meninggikan suara sambil menangis tersedu sedu. Akhirnya kerana air mata aku, dia menceritakan penyakit nya dan kenapa dia memilih berehat di hotel. Dia tak sanggup berterus terang pada aku dan anak2. Dia tak sanggup mak dia tahu tentang penyakitnya. Dia tak sanggup aku menangis kerana penyakitnya. Berdosanya aku pada masa itu. 

Aku berkeras agar dia balik berehat di rumah. Aku bangkang kata din untuk merahsiakan penyakitnya. Bagi aku, ibunya patut tahu. Malam itu juga ibubapa dan adik beradik din datang. Mak dia tak sudah2 menangis. Din hanya diam. 

Apa yang buat aku rasa amat berdosa bila din berkata. " mak..airmata ini lah yang din tak mahu lihat selagi din bernyawa sebagai anak mak. Setitik air mata mak, din tak dapat ganti mak." aku rasa dunia aku gelap dengan tindakan aku tak menghormati permintaan suamiku. 

Mak dia cakap," untung lah mak tahu awal.. Sekarang cakap din nak makan apa. Mak masak. Mulai hari ni kami semua nak buat yang terbaik sebelum din pergi." hari kami bertukar ceria dalam murung. Kami habiskan masa bersama, rakam video bersama2. Bersolat berjemaah bersama. 

Mak tak nak seorang pun anggap din sakit. Kami lalui hari yang ada untuk anak2 ingat bahawa mereka ada kenangan terindah bersama papa nya. Setiap hari dia berharap, agar ada lagi insan bahagia. Dalam doa sering kali mendengar dia memohon agar kebahagiaan di kecapi orang lain. Hari ini dia kimoterapi. Saat aku menaip penulisan ini, dia masih berehat. 

Doakan untuk ainuddin ye pembaca.. Dan terima kasih kerana dalam diam menjadi pengikut cerita kehidupan dia.. Terima kasih admin. Doakan din dapat lebih banyak waktu bersama kami. Amin.


Sumber : kaki share
loading...

0 Response to ""Suami Aku Tak Sanggup Mak Dan Aku Menangis Kerana Penyakitnya""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close