6 Larangan Yang Perlu Anda Ketahui Ketika Mengadakan Majlis Perkahwinan

loading...



Perkahwinan adalah satu ibadah yang disukai Allah kerana telah melengkapkan separuh daripada tuntutan dan keperluan sebagai seorang manusia.
Perkahwinan atau ikatan pernikahan juga sebagai sunnah yang dilakukan oleh para Nabi dan Rasul yang juga terkandung banyak hikmah dan ganjaran pahala.
�Siapa yang diberi kurnia oleh Allah seorang isteri yang solehah, bererti Allah telah menolongnya untuk menyempurnakan setengah agamanya. Kerana itu, bertakwalah kepada Allah setengah sisanya.�Hadis Riwayat Baihaqi
Selain itu, meraikan perkahwinan juga merupakan satu perkara mulia yang dituntut oleh agama dan fitrah. Namun harus diteliti, bagaimana sesebuah majlis perkahwinan mendapat keberkatan dan redha Allah s.w.t dengan menjauhkan perkara-perkara terlarang.
Antara beberapa larangan dalam majlis walimatulurus adalah:

#1 � Tidak Terikut Seperti Upacara Perkahwinan Agama Lain

Sebagai perkahwinan yang menuntut keberkatan Allah, jauhilah perkahwinan yang dalamnya terdapat perkara-perkara terlarang. Begitu juga sesebuah perkahwinan yang mencampuradukkan budaya dan agama yang bertentangan dengan Islam.
Dalam hal bersanding, ianya dibolehkan jika hanya disaksikan oleh saudara mara dan mahramnya dan tidak bersandingan di atas pelamin dan diiringi dengan upacara tepung tawar dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
�Janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.�Surah an-Nur:31

#2 � Tidak Bercampur-Aduk Antara Lelaki Dan Perempuan

Percampuran lelaki yang dimaksudkan adalah perhimpunan yang boleh berlakunya pergeseran tubuh antara lelaki dan perempuan. Sebaiknya asingkanlah tempat berkumpul antara kaum lelaki dan wanita agar tidak berlaku percampuran.

#3 � Tidak Bermegah-Megah Dan Bertujuan Membangga Diri

Bermegah dan membangga diri sangat dilarang dalam apapun perkara dan perbuatan. Menurut Imam al-Ghazali;
�seseorang yang bermegah-megah sebenarnya telah melakukan syirik khafi terhadap Allah dan tidak akan masuk ke dalam syurga.�
Dalam hal perkahwinan, selalu kelihatan perbuatan berlumba-lumba dan bersikap riak dalam membuat majlis secara besar-besaran, walaupun terkadang majlis tersebut di luar kemampuan mereka. Jauhilah mengadakan majlis dengan tujuan ini.

#4 � Elakkan Pembaziran

Pembaziran sering berlaku dalam pelbagai aspek, teutamanya dalam kewangan dan makanan. Ramai pasangan pengantin hari ini yang mengutamakan set pelamin, sesi bergambar, set hantaran yang mahal dan mewah, upah mekap dan sebagainya.
Ini juga menyebabkan terabainya perkara utama yang sepatutnya lebih dipentingkan, menyediakan makanan yang mencukupi, melayani tetamu yang hadir, solat fardu dan sebagainya.
�Dan janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.�Surah al-A�raaf:31

#5 � Membuka Aurat Dan Berlebihan Dalam Berhias

Perbuatan inilah yang paling dirisaukan kerana semakin banyak berlaku dalam kalangan pasangan yang berkahwin, terutamanya kaum wanita. Kadang-kadang terdapat wanita yang asalnya bertudung dan menutup aurat, tetapi mengenakan pakaian yang menampakkan aurat pada hari perkahwinannya.
Selain itu, sudah sinonim para pengantin wanita untuk mencukur kening dan memakai rambut palsu bagi kelihatan lebih cantik. Hal itu sebenarnya sangat dimurkai Allah. Ini termasuklah baju pengantin yang jarang, menampakan tubuh, dan singkat. Allah s.w.t berfirman:
�Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khimar dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)� (kecuali kepada mahram mereka).�Surah an-Nuur 24:31

#6 � Sesi Nyanyian Dan Muzik

Sesi menyanyi (karaoke) dan bunyian muzik juga antara aktivit yang sangat popular dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Islam hari ini. Sehinggakan majlis yang tidak ada bunyian dan muzik pula amat sukar ditemukan.
Tidak apa sekiranya nyanyian tersebut adalah zikir dan nasyid yang mengingatkan manusia ke arah kebaikan. Yang dibimbangkan adalah nyanyian yang melalaikan, lebih risau jika ada nyanyian dari golongan wanita yang menjadi tumpuan para lelaki.
Oleh itu, jika perkara-pekara seperti ini dalam majlis walimatulurus yang kita jalankan, tinggalkanlah. Pernikahan yang baik mulakanlah dengan sesuatu yang baik juga.
Jangan disebabkan pelanggaran batas-batas syarak semasa diadakan majlis walimatulurus hingga Allah s.w.t tidak memberkati dan meredai majlis tersebut.




Sumber : tazkirah.met



via Bin Usrah

Sumber : GengViral
loading...

0 Response to "6 Larangan Yang Perlu Anda Ketahui Ketika Mengadakan Majlis Perkahwinan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close