3 Tips Paling Berkesan Halau Nyamuk

loading...
Siapa jenis yang senang kena gigit nyamuk? Pasti ada kan? Lebih-lebih sewaktu mahu tidur, nyamuk terbang-terbang di sekitar telinga, eeeee, pasti geram bukan?

Ada beberapa tips agar tidur anda bebas diganggu nyamuk! Semak berikut ini.

Kelambu + Semburan Nyamuk


Zaman dahulu, ratu Mesir, Cleopatra menggunakan kain kelambu di tempat tidurnya untuk menghindarkan dari serangan nyamuk yang ganas. Zaman dahulu, orang-orang miskin tidak sanggup membeli kain kelambu kerana harganya mahal dan akhirnya harus tidur dengan gigitan nyamuk yang terus mengganggu. Sebenarnya, ramai orang yang tidak menyedari bahawa jika kita menyembur ubat nyamuk di atas kain kelambu kita sebelum tidur ini boleh membantu kita untuk membunuh nyamuk yang berusaha hinggap di atas kain kelambu kita. Tak percaya? Cubalah sendiri di rumah.

Losyen Anti Nyamuk


Walaupun ada sebahagian dari anda yang mungkin tidak senang menggunakan losyen anti nyamuk, tapi percaya atau tidak, losyen anti nyamuk ini berguna buat anda yang sering jadi digigit nyamuk! Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Florida pada tahun 2004, nyamuk terbukti takut terhadap losyen DEET yang disapu ke salah satu tangan dalam percubaan tersebut. Lihat gambar di bawah ini.




Dari hasil kajian di atas, dapat dilihat jelas kenapa selama ini anda selalu digigit nyamuk? Kajian ini membuktikan bahawa nyamuk tidak suka dengan bau losyen DEET ini.

Mungkin anda tidak suka rasa melekit yang ada pada losyen anti nyamuk itu, anda sebenarnya juga boleh membuat losyen anti nyamuk sendiri. DEET mengandungi beberapa tanaman herba seperti cengkih, daun pudina, bunga geranium, bunga catnip, callicarpa. Bahan ini empunyai kuasa menahan serangan nyamuk yang cukup tinggi sehingga jika anda sapukan beberapa kali ke kulit, dijamin akan terus terhindar dari nyamuk.

Selain beberapa tanaman herba di atas, bunga Edelweis juga boleh menjadi pilihan yang tepat untuk mengusir nyamuk. Selain mengusir nyamuk, bau yang dihasilkannya juga dapat mengusir serangga dari rumah.

Mungkin anda takut menggunakan losyen anti nyamuk kerana takut alergi ataupun tak suka rasa melekit, anda boleh menggunakan wangian bilik yang khusus untuk mengusir nyamuk. Ramai orang yang takut akan bahaya wangian anti nyamuk ini pada kesihatan pernafasan kita, tapi jangan bimbang kerana minyak wangi ini mengandungi bahan seperti permetrin, phenothrin, aletrin, bifenthrin, cypermethrin yang sama sekali tidak berbahaya bagi kesihatan kita.

Bersihkan Sekeliling Rumah

Takukah anda nyamuk yang berterbangan di rumah kita hidup di lopak air? Nyamuk culex ini biasanya mempunyai 4 fasa sebelum berkembang menjadi seekor nyamuk dewasa. Nyamuk ini mengalami metamorfosis bermula daripada telur, larva, pupa dan kemudian menjadi seekor nyamuk dewasa. Salah satu cara paling mudah yang boleh anda lakukan untuk membasmi nyamuk ini adalah bersihkan sekeliling rumah anda.

Bersihkan lopak air yang bertakung di sekitar rumahseperti tayar kereta yang sudah rosak, sinki, pasu bunga, mesin basuh, paip air, tempat air minum untuk haiwan peliharaan, dan segala bekas yang digunakan yang boleh menampung air. Usahakan untuk tidak membiarkan ada air walaupun sedikit di mana-mana di rumah untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Bagaimana? Belajar sesuatu dari pembacaan ini? Semua orang pernah melakukan helah tips satu atau dua, tapi ramai orang tidak melakukan tips yang ketiga kerana dianggap tidak begitu penting. Mulai sekarang, usir nyamuk jauh-jauh dari rumah anda, biar nyamuk lari lintang pukang macam ternampak pontianak. Kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan yang kerap digigit nyamuk juga!

Sumber: buzzhand


via Bin Usrah

Sumber : GengViral
loading...

0 Response to "3 Tips Paling Berkesan Halau Nyamuk"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close