Pukul 1 Pagi, Angah Bangun Dan Apa Yg Dia Buat Kat Mak Buat Kami Semua SEBAK !!!

loading...
Pukul 1 Pagi, Angah Bangun Dan Apa Yg Dia Buat Kat Mak Buat Kami Semua SEBAK !!!
Pukul 1 Pagi, Angah Bangun Dan Apa Yg Dia Buat Kat Mak Buat Kami Semua SEBAK !!! | Nama aku Rina. Aku ada baca pasal kisah hati lelaki (LINK). Cerita aku bukan hati lelaki, angah aku ni perempuan. Cerita aku, pasal anak no dua. Banyak persamaan angah aku dengan angah dalam cerita hati lelaki. Angah cantik orangnya tapi garang, bijak walaupun asyik tengok movie. Angah sekolah asrama, angah banyak menyendiri.
Bila balik rumah, angah tak banyak cakap. Padahal kat luar aku tahu, brand family aku semua cakap banyak, Kalau dia cakap banyak kat rumah, dia membebel la tu. Muka angah sentiasa tenang, susah nak baca apa yang angah rasa. Walaupun angah macam sempoi, angah jugak yang paling jaga agama. Pantang betul dia Kalau aku keluar rumah tak pakai stokin. Aku kakak tak kakak, kena marah jugak.
Pernah mak merajuk dengan angah sebab angah tegur bahasa mak kasar. Tapi bila angah cakap ” doa ibu kan doa, Kalau rasa nak marah tu cuba cakap anak solehah punya budak” angah cakap sambil melutut peluk kaki nak. terus mak tak jadi marah. Sampai sekarang bila angah balik, mak memang jaga bahasa mak. Kalau mak tersasul jugak angah tetap tegur tapi sambil melawak. Angah selalu call mak, selalu minta doa mak.setiap hari angah akan call mak even sekejap. Kalau sehari 2 Kali dia call, aku dengan mak faham la, angah tengah study. Angah perlukan semangat. Alhamdulillah angah dekan setiap sem.
Satu hari nenek jatuh sakit. Angah ambil study leave. Mak abah tak bagi, angah still nak ambil study leave. Angah baru first year degree masa ni. Kata angah, nenek macam mak dia jugak, nenek yang jaga angah masa kecil. Mak dengan abah pun setuju akhirnya. Angah layan nenek macam budak kecil, penuh kasih sayang. Setiap 10 minit nenek panggil nama angah, Kadang2 sampai pukul 4-5 pagi. Angah tetap layan nenek walaupun angah letih. Nenek sampai menangis sebab nenek rasa nenek susahkan anak-anak dan cucu, tambah lagi nenek rasa nenek susahkan angah.
Kadang-Kadang bila nenek nyanyuk, nenek pakai pampers penuh dengan air kencing macam pakai baju, nenek pernah buang makanan, nenek pernah cakap bukan-bukan. Angah layan nenek dengan penuh sabar, mak selalu cakap, Kalau mak takda, mak tak risau pasal Kami sebab angah ada. Saat nenek betul-betul nazak, angah kena tahan wad sebab angah demam panas, syak denggi. Aku teman angah, adik tolong jaga nenek. Angah tak henti-henti baca Quran, sampai berdarah hidung angah, angah still tak rehat. habis baca Quran angah solat sunat. Aku lansung tak berbual dengan angah. Aku tahu angah resah, tapi angah kuat, tak ada airmata yang mengalir. Aku pulak yang susah hati. Kenapa dia rileks sangat.
Hari kedua angah kat hospital, nenek meninggal jam 2 pagi. Angah masih lemah, angah tak lalu makan, asyik muntah, muka angah pucat. Untuk pertama kalinya, aku nampak angah resah. Angah nak balik jugak, Kami berkemas balik pagi tu jugak. Bila sampai, angah terus cari nenek. Angah terduduk sebelah nenek, riak muka angah kembali tenang lepas tengok muka nenek. Angah cakap, ” Allah dah letak masa terakhir nenek bukan dengan angah ” Dengan muka berpeluh dan pucat, angah masih teruskan bacaan ayat al-Quran untuk nenek.
Mak menangis tak henti. Susah mak nak terima. Angah masih tenang, tak ada tanda-tanda. Mak yang dah emosi hairan, mak tny angah, angah tak sedih ke? Aku ada sebelah mak. Angah cakap ” raut wajah nenek cukup tenang. Angah yakin nenek kat tempat yang jauh lebih baik sekarang. ” sedih sangat, sumpah sedih tengok angah.
berderai airmata aku jatuh. Aku nampak angah sebak tapi angah tak menangis sebab angah perlu kuat untuk mak. Aku dengar suara angah menggigil, aku nampak tangan angah ketar. Angah pun manusia biasa, walau sekuat mana angah, angah masih perlukan semangat. Aku kakak, tapi aku lansung tak boleh jadi macam angah. Sebelum ni aku tak nampak kentalnya angah. Benarlah kata arwah nenek, angah yang paling degil masa kecil tapi angah jugak yang akan jaga family. Angah sanggup susah asalkan family angah tak susah. Angah tetap pendirian, aku yang mudah terhuyung hayang sebab aku mudah kesiankan orang, adik pulak terlalu manja.
Sebulan yang lepas, mak sakit kaki. Sakit sampai nangis-nangis, merata jugak cari ubat tapi tak elok jugak. angah gelabah, masa ni aku dah kahwin, aku balik rumah dekat seminggu dah. Satu malam, Kami semua teman mak tidur kat depan sambil berbual. Husband aku dalam bilik. Kami berdua tertidur dekat kaki mak. dalam 15 minit lepas tu, rasanya dalam kol 1 pagi Angah terbangun. Aku sedar lagi sebenarnya.
Aku nampak angah pegang kaki mak, untuk pertama kalinya aku nampak angah menangis. Menangis sungguh-sungguh. Angah cium kaki mak, tak ubah macam anak kecil menangis. Aku tahan ja sebak kat sebelah ni. Rupanya husband Aku pun tengok. Husband aku cakap Kat aku ” untung sapa dapat angah. Susah nak cari perempuan macam angah sekarang. Abang respect angah, abang segan dengan angah ”
Ya angah anak perempuan tapi angah jugak anak ‘lelaki’ dalam family. Sangat bertanggungjawab. Sebab tu abah lebihkan angah, bukan sebab abah sayang angah lebih tapi abah tahu, Kalau abah tak tanya, angah takkan minta apa-apa. Mula-mula aku sentap jugak, semua angah dapat tapi salah aku jugak, aku tak pandai pegang duit lansung, membazir, kuat berjalan. Angah tak macam aku, angah pandai simpan duit.
Pendek kata, angah tak pernah buat masalah yang buat mak abah pening kepala. Kata mak, abah nampak diri abah dalam angah. Angah betul-betul macam abah. Masa abah marah sebab result aku tak elok, angah yang sokong aku. Time abah nak pukul aku sebab balik lewat malam, angah yang tahan abah. Masa adik kena buli, angah yang jumpa cikgu settle semua. Angah tak pernah berkira bab duit, itulah angah, typical anak no 2. Setiap family mungkin akan ada angah macam angah aku. Angah yang sentiasa ada, angah yang kuat.
Pesan angah yang selalu lekat di mulut. Nak hidup senang, senang ja. Jaga mak ayah, jaga hati mak ayah. Bila mak ayah redha, allah redha. Disitulah nak capai keberkatan hidup. Duit jangan berkira Kalau nak rezeki murah. Walaupun ada rm5 ja, bagi mak Rm2. Nanti rezeki datang tak disangka-sangka. Hebat-hebat angah, banyak jugak kelemahan angah, angah tak boleh drive sorang-sorang, angah suka tidur, banyak lagi.
Tapi angah, angah akan selalu ada untuk family. Hero dalam family kecil Kami. – KREDIT Along Rina no 1. via IIUM.
loading...

0 Response to "Pukul 1 Pagi, Angah Bangun Dan Apa Yg Dia Buat Kat Mak Buat Kami Semua SEBAK !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close