AMUKAN..!!! SEMBILU KANABIS..REMAJA BERTINDAK GANAS MENETAK LUMAT 3 RAKAN SEHINGGA MATI..7 FOTO YANG BOLEH MEMBUAT ANDA NAIK SERAM BILA MENYAKSIKANYA

loading...
AMUKAN..!!! SEMBILU KANABIS..REMAJA BERTINDAK GANAS MENETAK LUMAT 3 RAKAN SEHINGGA MATI..7 FOTO YANG BOLEH MEMBUAT ANDA NAIK SERAM BILA MENYAKSIKANYA




Jempol: Seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah, bertindak di luar batasan apabila menetak tiga saudaranya menggunakan parang di Felda Palong 15, di sini, 6 petang tadi

Sumber berkata, suspek berusia 20-an dan berasal dari Johor bertandang ke rumah saudaranya di Felda itu sejak beberapa hari lalu

Katanya, lelaki terbabit sebelum kejadian dipercayai mengambil dadah menyebabkannya tidak terkawal

"Sebaik pulang ke rumah, lelaki itu bertindak ganas apabila menetak bapa saudara serta seorang saudara lelaki menggunakan parang

"Disebabkan itu kedua-dua mangsa cedera di badan serta tangan," katanya

Menurut sumber, sejurus kejadian suspek melarikan diri sebelum ternampak pasangan suami isteri yang juga saudaranya berada atas motosikal

"Lelaki itu seakan gila apabila menikam perut seorang lagi saudara lelaki menyebabkannya parah," katanya

Sumber itu berkata lagi, suspek meninggalkan lokasi dan berjalan sambil membawa parang hingga menakutkan penduduk

"Sehubungan kejadian, penduduk menghubungi polis dan suspek ditahan di sebuah masjid di FELDA Palong 16, di sini, 8 malam tadi," katanya

Menurutnya, ketika tangkapan suspek tidak berbaju dan bergelut dengan anggota polis

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor dihubungi mengesahkan kejadian dan kes masih disiasat

http://www.hmetro.com.my/node/209162

Update #1

Quote:
Originally Posted by TXT View Post







__________________
loading...

0 Response to "AMUKAN..!!! SEMBILU KANABIS..REMAJA BERTINDAK GANAS MENETAK LUMAT 3 RAKAN SEHINGGA MATI..7 FOTO YANG BOLEH MEMBUAT ANDA NAIK SERAM BILA MENYAKSIKANYA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close